Thursday, December 29, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum pembuka kata...

Hari ini adalah hari yang bagus untuk aku memulakan penulisan dalam blog AWANG HITAM ini. Mesti kalian tertanya-tanya, apakah puncanya aku memutuskan untuk menulis dan membikin blog ini? Melihatkan kepada tajuk blog sahaja kukira sudah boleh membuatkan kalian pembaca semua menyedari kenapa aku membikin blog ini. Ianya bukan sekadar untuk berkongsi pendapat dan pendedahan semata, ianya adalah lebih dari itu.

sekadar gambar hiasan..
Sebelum itu, apakah yang dikatakan Awang Hitam itu? Adakah ianya adalah siAwang yang bekulit gelap? Tidak. Definasi untuk Awang Hitam ini ditujukan kepada segerombolan manusia berbangsa negro dari benua afrika yang membuat onar di negara kita yang tercinta ini. Disebabkan kulit mereka yang gelap itulah gelaran Awang Hitam itu melekat pada mereka.

Apakah yang terkait dengan Awang Hitam ini? Gelaran ini biasa kita dengar dalam satu-satu team bola yang mempunyai pemain import dari benua afrika atau negro. Dan kaitan Awang Hitam ini yang paling popular ialah, Sindiket Penipuan. Ianya boleh dalam bentuk wang atau benda fizikal seperti dadah. Seringkali kita mendengar keluhan dan luahan dari orang perseorangan tentang penipuan warga Awang Hitam membabitkan wang ringgit. Lihat sahaja didada-dada akhbar, banyak berita tentang penipuan mereka yang terbongkar. Namun, adakah ada sesiapa yang ingin menceritakan tentang bagaimana awalnya mereka ditipu? bagaimana dengan terernya mamat-mamat hitam ni menipu?

Aku dengan ikhlas hati ingin memberitahu korang semua, bahawa aku adalah salah seorang mangsa tipu diorang. Kesengsaraan dan peritnya kehidupan selepas ditipu membuatkan aku terbangun untuk sama-sama mereka-mereka yang lain, memberi sepenuh kesedaran kepada seluruh warga, agar mereka, sebelum terlambat, tidak menjadi seperti aku sekeluarga. Betapa peritnya dan betapa kesusahan yang terpaksa aku anak beranak tempuh, tidak mahu rasanya orang lain sama turut terkena akibat dari rasa tamak dan haloba yang melampau.

Didalam post-post yang berikutnya, akan aku tuliskan pengalaman perit aku ditipu oleh sindiket ini. Harapan aku hanya satu, moga kalian semua akan mengambil iktibar dan moga dengan sekelumit pertolongan ni akan dapat menghindarkan kalian dari terus menjadi mangsa penipuan ini.

Sekian dulu dari aku. InsyaAllah, kita berjumpa dilain masa.

P/S:- Sila lawati laman web ini.. Bro mazidul, aku support usaha bro 100%....
http://www.mazidulakmal.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...